Rabu, 9 November 2022

DIARI SEORANG PEREMPUAN

“Pranggg”

Tiba-tiba satu tamparan hebat Fikri ke muka Dian.

“Abang…kenapa ni abang apa salah Dian? “

“Ehhh..kau jangan banyak cakap aku dah muak dengan perangai kau, perempuan jalang, tak sedar diri”

Setiap hari ada saja tak kena di mata Fikri suaminya itu, ada saja salah silap Dian.

Segala macam kata buruk dan hinaan dari Fikri dihambur tanpa belas kasih pada Dian.

Pernah suatu hari ditariknya rambut Dian dan ditolak Fikri sehingga isterinya itu terjelepuk sampai keningnya berdarah terkena hujung bucu meja makan.

Semuanya gara-gara masakan Dian dikata tak sedap.

“Kau reti ke tak masak ni, jangan-jangan yang kau beri aku makan ni sampah? “

Habis bersepah makanan di lantai lantaran pinggan tadi dilontarnya ke arah isterinya, nasib baik Dian sempat menggelak.

Sudah lama Dian bersabar dengan perangai Fikri itu, sebelum ni dia pernah bekerja di sebuah kedai buku sebagai juruwang tetapi terpaksa berhenti kerana tak tahan dengan perangai cemburu buta Fikri.

Melihat Dian sembang dengan mana-mana pelanggan lelaki mulalah tidak terkawal perasaan cemburu butanya itu ada saja yang tak kena di mata Fikri.

Sampai suatu hari dia memutuskan untuk berhenti kerja.


“Leman…boleh tak kau hantar makanan dapur ni kat Dian?, Mak Tijah berkata kepada Leman.

“Baik Mak Tijah, ini ke semuanya?”

Beras, gula, kopi dan beberapa keperluan dapur dalam plastik itu dijinjing oleh Leman.

Pemuda berusia 25 tahun itu menurut kata Mak Tijah tanpa membantah.

“Assalamualaikum”

“Dian..ni Leman ni”

“Ya Leman ada apa?”

“Barang dapur Mak Tijah suruh Leman hantar”

“Berat sangat ni, boleh tak kau hantar ke dapur, aku tak laratlah nak pegang”

Dian yang sedang sarat mengandung itu mengarahkan Leman supaya mengangkat barang-barang itu ke dapur.

“Sama-sama aku pergi dulu”

Terima kasih Leman”

“Ehh perempuan sini kau”

“Ada apa bang? “

Fikri yang tiba-tiba muncul di depan pintu menjerit memanggil Dian.

“Dasar perempuan tak tahu malu, ni tengok ni apa yang kau telah buat kat belakang aku?”

Fikri menunjukkan gambar yang ada kat handphonenya.

“Abang saya nak Leman tak ada apa-apa tadi pagi dia datang sini hantar barang dapur mak yang suruh”

“Kau jangan nak tipu aku, bukan aku tak tahu yang si Leman tu syok kat kau entah-entah anak yang kau hamilkan itu anak dia”

“Asfagulazim bang mengucap”

“Kau jangan nak tunjuk baik kat aku, jangan nak nampak alim kat depan aku”

Dengan sepantas kilat Fikri menarik rambut Dian dan menghentakkan kepala Dian ke dinding.

Lelaki itu bagai sudah kena rasuk syaitan, amarahnya tidak terkawal.

Titis-titis merah mengalir ke pipi Dian lalu dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Fikri berlalu pergi dari situ tanpa rasa belas kasih pada isterinya dibiarkan pengsan tanpa ada sesiapa yang tahu kelakuan dia terhadap isterinya itu.

Mak Tijah ibunya sendiri termasuk adiknya Nadia tidak pernah tahu bahawa selama ini Dian selalu menjadi mangsa dera Fikri.

Dian diamkan saja semua perbuatan Fikri terhadapnya.


“Ya Allah, kenapa ni kak Dian? “

Nadia rasa cemas sangat dan ternyata Dian masih tidak sedarkan diri sewaktu dia balik ke rumah.

Lantas dia lalu menghubungi ibunya yang berada di gerai yang cuma lima minit saja kalau berjalan kaki dari rumah mereka.

“Nadia kenapa dengan kakak kau ni? “, Mak Tijah kelihatan tercungap-cungap dan nampak kebingungan apabila anaknya itu pengsan dan tak sedarkan diri.

“Leman jom kita bawa Dian ke hospital, cepat…”,arah Mak Tijah.


“Siapa ahli keluarga Diana binti Rahman? “, seorang doktor muda muncul di ruang menunggu itu.

“Saya ibunya Doktor”

“Syukur bayi dapat diselamatkan tapi anak makcik kritikal”

Terduduk Mak Tijah mendengar penerangan dari doktor itu.

“Dari hasil pemeriksaan kami anak makcik mengalami pendarahan di otak dan terdapat darah beku serta lebam di kepala mungkin sebab hentakkan yang kuat”,doktor itu menambah dengan panjang lebar.

“Siapa buat kakak kau sampai jadi macam ni Nad? “

“Tiada orang lain kat rumah selain dari abang Fikri”,Nadia memberitahu ibunya.

“Tapi mana Fikri? “

“Cuba call dia tanya kat mana”


“Dasar menantu tak guna, dengan tak teragak-agak Mak Tijah menampar muka Fikri setiba menantunya itu di wad.

“Mak kenapa mak nak salahkan Fikri, tu tanya jantan yang duk kat sebelah mak tu”

“Tengok ni tengok”

Sekali lagi Fikri menunjukkan gambar yang ada kat handphonenya itu.

“Awak jangan tuduh yang bukan-bukan Fikri, semalam aku hantar barang dapur kat Dian Mak Tijah yang suruh, tak mungkin sebab itu kau harus pukul Dian sampai pengsan”, Leman mempertahankan diri.

“Itu cuma alasan kau saja Fikri doktor kata ada kesan lebam lama kat badan Dian”,apa salah anak aku tu pada kau Fikri?

“Nad nak tahu siapa yang hantar gambar tu kat abang? “

“Juwita dia yang bongkar kecurangan Dian”

“Sampai begitu sekali kau tuduh anak aku Fikri”


“Juwita…Juwita…”

“Ehh apasal kau terpekik macam orang kena sampuk tu”tiba-tiba Makcik Timah muncul.

“Anak kau Juwita mana sini aku nak ajar dia”,sambil menyingsing baju kurung dan di tangan kanannya dipegang batang penyapu.

“Makcik apa masalah makcik awal pagi lagi datang sini terjerit-jerit”

“Aku tak ada masalah tapi kau tu yang bermasalah tak suka tengok orang senang, asyik nak porak-perandakan rumahtangga orang”

“Apa saya dah buat dengan keluarga makcik”

“Buat tak tahu konon”

“Apasal kau tabur fitnah kata anak aku curang dengan lelaki lain”

“Makcik tuduh saya kata saya ni tabur fitnah?, dah terang lagi nak bersuluh, kata-kata Juwita begitu sinis sekali membuatkan api kemarahan Mak Tijah makin membara.

“Eh lancangnya mulut kau bersuara, Mak Tijah makin mendekat ke arah Juwita.

“Kau tu yang tak reti jaga anak entah-entah anak kau mengandung anak lelaki tu”,Makcik Timah menunjuk ke arah Leman yang sedari tadi berdiam diri.

“Makcik dosa besar tuduh seseorang yang belum tentu bersalah”,jawab Leman.

Leman tetap pertahankan dirinya tak rela dia di tuduh sedemikian rupanya, tengok aku ni macam orang bodoh tapi tak sebodoh yang disangka.

“Jangan cuba menegakkan benang yang basah Juwita, patut tak berlaki sampai sekarang sebab perangai kau tu yang dengki dan khianat”,Mak Tijah masih mengasak ke depan sambil memegang penyapu yang dibawanya tadi.

Geram sangat hatinya dengan perangai dua beranak yang tak sedar diri itu.

“Makcik dahlah jom kita pergi hospital jangan dilayan orang macam tu”,pujuk Leman meredakan kemarahan Mak Tijah.


“Anak ibu bangun sayang”

Mak Tijah berbisik ke telinga Dian.

“Mak tadi doktor beritahu sebentar lagi kakak bersalin secara bedah, jantung baby makin rendah”Nadia beritahu maknya

“Kita doakan supaya baby selamat”

Fikri yang berdiri kat situ cuma diam saja dia rasa bersalah sangat bercampur kesal kerana terlampau menurutkan perasaannya yang baran itu.

Bukan sekali dua dia dera dan pukul Dian hampir setiap hari.

“Apa aku nak buat sekarang?”

“Fikri kalau ada apa-apa jadi kat Dian aku tak teragak-agak nak bawa ke muka pengadilan”,Mak Tijah melepaskan rasa kesalnya pada menantunya itu.

“Aku menyesal terima pinangan mak kau dulu untuk kahwinkan kau dengan Dian, menyesal sangat-sangat.

Kalau aku tahu perangai kau sebenarnya macam ni dah aku tolak awal-awal masa mak kau pujuk rayu hantar lamaran”,Mak Tijah begitu kesal sekali.

Ditatapnya berkali-kali wajah Dian yang masih tak sedarkan diri itu.

“Mak…kakak nak kena bedah sekarang”

Dua jam lebih operasi berjalan dengan lancar.

“Tahniah… makcik dapat cucu perempuan”, doktor muda tadi beritahu Mak Tijah kat luar selepas proses pembedahan.

“Tapi anak makcik tidak dapat kami selamatkan”,doktor itu memberi penerangan dengan wajah sayu.

“Ampunkan abang Dian, abang minta maaf, abang banyak buat dosa dengan sayang”,sayup-sayup kedengaran suara Fikri yang penuh penyesalan.

Mak Tijah, Nadia dan Leman sama-sama mengalirkan airmata.

Nasi sudah menjadi bubur semuanya sudah terlambat menyesal sudah tidak berguna lagi.


Sebulan selepas pemergian Dian, Fikri masih meratapi kehilangan isterinya itu.

Semalam Nadia menyerahkan sesuatu kepada Fikri.

Sebuah kotak berisi diari dan di dalam terselit sepucuk surat.

Assalamualaikum
Abang…

Sewaktu abang membaca surat ini Dian sudah pergi jauh dan punya rumah baru tetapi tidak bersama abang lagi.

Dian sayangkan abang, mak, Nadia dan anak kita yang telah lahir dan tentu comelkan baby kita.

Dian nak abang tahu, Dian tak pernah curang dengan abang, Dian sayangkan abang sangat-sangat sampai nafas terakhir Dian.

Segala wasangka abang terhadap Dian selama ini semuanya silap.

Segala kesilapan abang sudah pun Dian maafkan sedikitpun Dian tak berdendam pada abang.

Satu lagi permintaan Dian, terbitkan buku Dian yang bertajuk “Diari Seorang Perempuan” ini.

Abang sendiri pun tahu Dian minat menulis sekurang-kurangnya ini adalah khazanah paling berharga kerana di situ akan terlakar nama Dian seabadi cinta dan kasih Dian yang tak pernah padam pada abang.

Abang carilah penerbit untuk buku Dian ini, moga abang dapat tunaikan permintaan Dian .

Setelah tiga bulan berlalu, niat mencari penerbit buku pun sudah Fikri temui.

Demi menunaikan permintaan arwah isterinya itu.

Puas Fikri mencari penerbit yang berkenan di hati yang boleh dipercayai akhirnya Fikri dapat kenal dengan seseorang yang bernama Nasrullah Amran.

Syukur beliau banyak membantu dan senang diajak bincang.

Sayang…

Kalau sayang masih ada dah tentu sayang gembira, buku sayang dah pun terbit banyak curahan rasa yang sayang luahkan di buku itu.

Abang menyesal sebab selama ini abang abaikan sayang tidak mencintai sayang sepenuh hati.

Baru kini abang tahu betapa dalamnya cinta sayang pada abang, abang menyesal.

Malam itu Fikri tertidur sambil mendakap buku pertama dan terakhir arwah isterinya.

“Andai aku menyakitimu lemaskan aku ke Lautan Samudera, andai kau milikku peluklah aku dan tenggelamkan aku ke asmaramu”

  • Dian Novella –

Untuk dapatkan buku Diari Sorang Perempuan boleh klik sini:

👉 Baca SINI

👉 Baca SINI